Follow Us

BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, March 21, 2011

Menjana Pendapatan Sehingga RM30.000 Dalam Masa 30 hari Dengan Goyang kaki?

Petikan Dari Blog Saudara Humaizi


Pernahkan anda menerima emel atau melihat iklan dalam e-paper sebegini? Anda Boleh Menjadi Seperti Saya, Menjana Pendapatan Sehingga RM 30,000 Dalam Masa 30 Hari Dengan Hanya Goyang Kaki Sahaja!

“There is no fast, effortless way to make money. Get-rich quick schemes only work for the person selling them. Don’t waste a minute of your life trying cut corners or create financial shortcuts. Chasing the will-o’-the-wisp of the quick buck is the surest way to DESTROY your character and undermine your career.”
-Brian Tracy, World Renownest Sales Trainer.

Satu lagi pembohongan mirip seakan-akan program 4D (Duduk Diam Dapat Duit).

Apa yang saya dapat ulas disini, YA, memang anda boleh menjana wang sejumlah begitu banyak, TETAPI dengan syarat:

1. Anda telah berada di dalam satu niche pilihan anda, dan menjadi antara leading player di dalam pasaran tersebut.
2. Saiz mailing list anda adalah berjumlah seramai 100, 000 orang atau lebih.
3. Anda membelanjakan lebih dari RM 10, 000 setiap minggu di Google Adwords, memiliki pelbagai kempen di dalam pelbagai niche untuk program-program affiliate dan juga rangkaian CPA.
4. Dan banyak lagi.

Tiga contoh diatas adalah kesimpulan terbaik untuk menyatakan anda boleh menjana pendapatan sebegitu lumayan, seperti menjana RM30, 000 dalam masa seminggu sahaja!

Ini kerana mereka mempunyai satu persamaan:

“Mereka telah berpengalaman dan berkepakaran di dalam bidang yang mereka ceburi.” Jika anda baru mengenali dunia Internet, lantas diberikan janji-janji manis RM30, 000 dalam masa 3 hari, 3 minggu ataupun 30 hari…

“JANGAN Berjalan, Sebaliknya Lari JAUH-JAUH!”

Jika anda sendiri baru mengenali apa itu HTML, apa itu autoresponder, apa itu Pay Per Click, adalah lebih baik anda memfokuskan diri anda kepada menambah ilmu pengetahuan anda kepada perkara-perkara asas yang anda WAJIB tahu sebelum memulakan sesebuah perniagaan Internet.

Berhenti dari membeli ‘impian-impian’ kosong ini, samada ianya di dalam bentuk video, ebook dan sebagainya. Saya tidaklah berkata ianya TIDAK mustahil, tetapi adalah TIDAK sesuai untuk anda yang masih lagi tercari-cari tapak sendiri untuk memulakan perniagaan Internet anda sendiri.

Dengan kata lain, jika anda merangkak, jangan memilih untuk terus berlari. Anda perlu berjalan terlebih dahulu, barulah anda boleh berlari, bukan?

Tepuk dada tanya kemampuan, keyakinan, dan pengetahuan anda sebelum menetapkan sesuatu target.

Menurut Dan Lok, seorang guru pemasaran ‘direct response’ antarabangsa, beliau menyatakan terdapat 7 tahap bagi seorang usahawan Internet itu. Ianya adalah;

Tahap 1 – The Mooches

Secara ringkas, ‘The Mooches’ adalah mereka yang:

Mempercayai Internet bukanlah tempat untuk menjana sebarang pendapatan; Internet hanyalah tempat untuk berseronok.
Kemahiran yang rendah di dalam teknik pemasaran.
Kurangnya motivasi untuk berjaya.
Bersikap rendah diri dan takut untuk mencuba.
PERCAYA bahawa kekayaan itu adalah kebetulan sahaja dan bukannya hasil dari kemahiran dan kerja keras.
Tahap 2 – The Wanna-Be

‘The Wanna-Be’ berada diatas sedikit dari ‘The Mooches’. Dan mereka di dalam bahagian ‘The Wanna-Be’ ini memiliki sifat dan personaliti seperti:

Sama seperti ‘The Mooches’, yakni kurangnya motivasi untuk berjaya.
Mahu wang tetapi tidak tahu bagaimana untuk mendapatkannya.
Gagal untuk bertanggungjawab ke atas segala tindakan didalam hidup mereka.
Mudah menjadi mangsa penipuan scam. Golongan ini melaburkan wang mereka di dalam peluang-peluang murah, mempercayai kononnya akan membawa kekayaan kepada mereka suatu hari ini.
Tahap 3 – The Pretend To Be

Golongan ‘The Pretend To Be’ ini boleh diibaratkan sebagai mereka yang bekerja keras TETAPI tidak mengambil sebarang pengajaran dari hasil usahanya. Bermakan golongan ini, jika mereka gagal, mereka tidak membuat sebarang kajian atau post mortem mengapa mereka gagal.

Akhirnya mereka asyik melakukan kesilapan yang sama, kononnya mereka bekerja keras, tetapi masih tidak lagi berjaya. Golongan ini Work Hard, tetapi tidak Work Smart. Ciri-ciri golongan ini adalah seperti;

Mereka cakap banyak, namun pada hakikatnya mereka tidaklah melakukan apa yang mereka cakapkan itu. They just don’t walk the talk.
Kurang keberanian dan takut kepada ketidaktahuan.
Mereka hidup di dalam sangkaan mereka sendiri yang salah. Mereka mempercayai adanya masa yang sesuai dan tidak untuk melakukan sesuatu. Hakikatnya mereka tidak
tahu SEKARANG adalah masa yang paling tepat!

Tahap 4 – The Newbie

Di tahap keempat ini adalah tahap untuk ‘The Newbie’. ‘The Newbie’ mempunyai sikap-sikap yang sangat positif seperti keinginan untuk mempelajari ilmu-ilmu baru, mempunyai kemahiran-kemahiran yang diperlukan, namun kekurangan pengalaman.

Golongan ini mempunyai pegangan tersendiri iaitu “If you want something done, you gotta do it yourself.” Ini bermakna mereka akan melakukan KESEMUA kerja-kerja berkaitan perniagaan mereka, dan secara langsung ianya tidak memberi peluang kepada mereka untuk memperkembangkan perniagaan mereka.

Ciri-ciri untuk golongan ‘The Newbie’ ini adalah;

Kebanyakan dari usahawan Internet JATUH di-level ini.
Mereka keliru dengan pendekatan yang betul untuk memasarkan sesuatu produk.
Kurangnya pemahaman terhadap asas di dalam pemasaran.
Tiada visi. Gagal untuk melihat perniagaan mereka dari segi jangka panjang.
Tahap 5 – The Marketer

‘The Marketer’ telah mencapai tahap dimana mereka hampir mencapai kejayaan tersendiri. Mereka telah menjana pendapatan akan tetapi mereka kurang dari segi cita-cita untuk membina sebuah perniagaan berasaskan Internet, dan bukannya hanya memiliki laman web yang menjana pendapatan sahaja.

Mereka ini mempunyai ciri-ciri seperti;

Takut untuk keluar dari zon selesa mereka, walaupun menjana pendapatan yang tinggi dari Internet.
Kebanyakan memilih untuk ‘bermain untuk tidak kalah’ dari ‘bermain untuk MENANG’.
Memiliki perniagaan yang berpotensi untuk dibawah ke tahap seterusnya.
Tahap 6 – The Master

‘The Master’ adalah jutawan. Mereka mempunyai pendapatan 6 angka setahun. Mereka adalah leader di dalam industry mereka. Mereka berpengalaman bekerja di dalam pelbagai jenis perniagaan.

Keupayaan utama ‘The Master’ adalah, mereka boleh memasuki mana-mana sahaja niche, walaupun niche yang mereka masuki itu bukanlah niche kepakaran mereka dan mereka tiada pengalaman di dalam pasaran niche tersebut.

Ciri-ciri mereka dibahagian ‘The Master’ adalah seperti;

Mereka meng-outsource hampir keseluruhan perniagaan mereka kecuali pemasaran.
Tidak pernah berhenti belajar-sentiasa ingin menambahilmu dan membuat pelaburan untuk diri sendiri.
Mempunyai visi yang jelas dengan apa yang mereka inginkan.
Percaya pada diri sendiri dan keupayaan yang mereka ada.
Tahap 7 – The Entrepreneur

Inilah tahap terakhir didalam hirarki seorang usahawan Internet, ‘The Entrepreneur’. ‘The Entrepreneur’ adalah mereka yang telah mencapai kejayaan tertinggi di dalam hidup mereka.

Mereka menggaji individu-individu yang lebih cemerlang dari mereka untuk memastikan kejayaan perniagaan mereka.

Ciri-ciri ‘The Entrepreneur’ adalah mereka yang;

Memiliki visi dan sifat keusahawanan yang tinggi.
Membawa perniagaan mereka menjadi public.
Sentiasa meningkatkan modal.
Menggaji pengurus professional untuk menjalankan perniagaan mereka.
Penyelesaiannya disini, BUKAN sahaja anda membaca senarai tahap-tahap di atas, apa yang anda MESTI lakukan adalah;

“Tahu Tahap Anda Sendiri”

Ketahui tahap anda. Ketahui kemampuan anda. Ketahui pasaran anda. Fokus kepada kekuatan anda dan JANGAN sesekali cuba untuk mendapatkan sebarang formula (kononnya) untuk cepat kaya dengan bergoyang kaki sahaja.

TERKINI :Elakkan Diri Anda Dari Menyertai Skim Ini

Kini saya dapat melihat satu ‘trend’ baru scammers di Malaysia untuk mengaut duit anda dengan mudah’. Caranya adalah dengan membina laman web yang bercirikan dibawah:

Konsep ‘reseller’
Menggunakan kaedah ‘forced matrix’ (kononnya setiap reseller akan mampu menjana pendapatan sehingga RM XX,XXX dengan mudah.
Menggunakan ebook-ebook berbayar usahawan Internet lain sebagai produk utama mereka.
Menjual ebook dan perisian lain secara pukal.
JANGAN SERTAI SKIM-SKIM SEPERTI INI!

Maaf jika tulisan saya sedikit besar. Namun itulah pendirian saya. Dan dibawah adalah SEBAB mengapa saya berpendirian sedemikian:

Program ini menggunakan produk orang lain TANPA kebenaran pemilik produk tersebut.
TIADA langsung sebarang nama pemilik laman web/program diletakkan didalam laman web tersebut.
Dari situ ia jelas menunjukkan bahawa pemilik program ini DENGAN MUDAH AKAN MELARIKAN WANG ANDA sekiranya terdapat sebarang masalah dikemudian hari. Iyalah, siapa yang hendak dipersalahkan, kan?
TIADA faedah kepada anda. Skim-skim sebegini biasanya akan menguntungkan penganjur-penganjurnya sahaja. Bukankah lebih baik anda mencipta produk anda sendiri daripada menjual hak orang lain, lagi banyak untung yang anda akan dapat, kan?
Jadi, adakah anda ingin berurusan dengan mereka yang TIDAK dikenali seperti penganjur program-program reseller seperti diatas?

Fikir-fikirkanlah.